Assalamualaikum gais , kali ni aku hanya nak kongsi kata-kata motivasi untuk diri aku sendiri.
Bagi aku inilah cara untuk aku tenangkan hati dan perasaan yang kadang kita tak dapat nak luahkan atas beberapa sebab.
Sebab paling utama antaranya mestilah sebab kita tak nak melukakan hati orang-orang yang kita sayang biarpun mereka itu sedang melukakan hati kita.
Sebab kita sayang maka kita biarkan sahaja mereka berkata apa sahaja tentang kita.
Aku pun sedar yang aku memang dah berubah, sesuai dengan peredaran masa dan peningkatan usia. As long kita sedar yang kita berubah untuk menjadi lebih baik aku rasa itu bukanlah satu kesalahn dan pengkhianatan.
Untuk berlawa-lawan siapa lebih hebat siapa lebih disukai siapa lebih berjaya itu bukan cara aku.
Kalau pun aku yang lebih berusaha tapi orang lain yang lebih berjaya itu bukan hal aku. Rezeki kita tak ditentukan dengan 2 cara sahaja.
Semuanya Allah dah atur dan tentukan. Cuma yang pasti jangan pernah untuk putus asa. Kenapa kita nak tangisi tertutupnya satu pintu rezeki , sedangkan masih banyak pintu rezeki lain yang sedang terbuka luas.
So kalau korang rasa korang perlukan kawan tapi tak sesiapa sudi untuk mendengar, mungkin inilah yang korang perlukan selepas beristigfar dan berzikir mengingati Allah.










Selamat Malam !
Comments